Sunday, September 10, 2017

Lembaga Hasil Dalam Negeri nafi membina web site panduan contoh soalan di atas talian jawatan pegawai eksekutif

LHDN beberapa hari lalu menafikan mewujudkan blog peperiksaan on line Pegawai Eksekutif yang sedang tular di media sosial dan laman web hari ini.



LHDNM melalui maklum balas yang di keluarkan mengatakan, laman-laman web Panduan Contoh Soalan Exam Pegawai LHDN Lembaga Hasil 2017 atau Rujukan Exam Pegawai LHDN Gred 41 di buat oleh pihak-pihak yang mempunyai motif-motif tersendiri.

Oleh itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri menasihatkan calon yang akan menduduki exam serta orang awam tidak melayari ataupun memberikan sebarang data mereka seperti yang di minta oleh website berkenaan dan pihak LHDN berkenaan juga tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa jua implikasi atau kerugian yang di alami mereka sekiranya berbuat demikian.

Menurutnya lagi, satu Exam Secara Online Memasuki Perkhidmatan Pegawai Eksekutif Gred 41 LHDNM akan di adakan pada 20/9/2017 yang di adakan dgn kolaborasi serta perkongsian pengetahuan, kepakaran dan teknologi melalui platform ujian dalam talian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Menurut Lembaga Hasil, calon-calon yang layak mengambil peperiksaan atas talian ini akan mendapat notifikasi daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) menerusi sistem pesanan ringkas atau email.